Geobulletin alpha

News from the Geoblogosphere feed

by Stratigraphy.net
New from Snet: Lithologs, a new tool to create lithological/sedimentological logs online..

Blog post recommendation

Ammonoid Hollandites sp. dari Aring, G. Musang


Pandangan lateral (Lateral View)



Pandangan lateral (lateral view - other side)


Pandangan venter (venter view)


Pandangan bahagian dalam (view of umbilicus wall)


Garis sutura yang masih jelas diperlihatankan
(preservation of suture line that can be well observed)

Ammonoid Hollandites sp. ini adalah penemuan terbaru dan pertama kali pernah direkodkan di Malaysia. Kewujudan spesies yang sama telah direkodkan di Thailand dan selalunya wujud di rantau Amerika Utara. Pengenalpastiannya masih di peringkat awal. Kewujudannya dalam Rantau Tethyan membuktikan bahawa kawasan Aring pada usia Anisian mungkin berada di persimpangan /bukaan lautan paleo-Tethyan.

Spesies-spesies Hollandites banyak direkodkan di British Columbia, Kanada (Rantau Amerika Utara) yang dikaitkan dengan usia Anisian Tengah dalam Zon Hollandites minor dan Tetsaoceras hayesi. Secara korelasinya adalah setara dengan usia Zon Balatonites balatonicus dari Rantau Tethyan. Himpunan ammonoid di kawasan Aring, G.Musang adalah tergolong dalam Zon Balatonites balatonicus.

Selain Hollandites, spesies Tetsaoceras yang juga spesies tipikal bagi Rantau Amerika Utara turut ditemui di kawasan penemuan. oleh itu dapat disimpulkan bahawa himpunan fosil Trias di Malaysia mungkin mempunyai campuran himpunan fosil antara Rantau Tethyan dan Rantau Amerika Utara.

Spesimen yang ditemui dikawasan Aring ini adalah antara spesimen yang terbaik keadaan pengawetannya walaupun tanpa bahagian umbilikus selain ammonoid Danubites kansa (lengkap dengan umbilikus dan garis-garis sutura) yang juga pernah ditemui di kawasan tersebut.



Stratigraphy.net | Impressum
Ads: